2
1
0
Level4
159
0
Buna Restoran dan Cafe terletak di dalam kompleks Kelana Mall yang baru dibuka di Kelana Jaya. Walaupun masih tidak banyak kedai yang dibuka dan dikelilingi pelbagai kedai makan lain, Buna restoran dan cafe sentiasa menjadi pilihan pengunjung terutamanya pada waktu makan tengahari. Nama restorannya yang unik saja sudah cukup menjadi tarikan kepada para pelanggan yang tertanya-tanya apa keistimewaan yang ditawarkan disini. Berkonsepkan suasana santai dan terbuka, Buna restoran nyata berbeza deng
Read full review
61 views
1 likes
0 comments

Buna Restoran dan Cafe terletak di dalam kompleks Kelana Mall yang baru dibuka di Kelana Jaya. Walaupun masih tidak banyak kedai yang dibuka dan dikelilingi pelbagai kedai makan lain, Buna restoran dan cafe sentiasa menjadi pilihan pengunjung terutamanya pada waktu makan tengahari. Nama restorannya yang unik saja sudah cukup menjadi tarikan kepada para pelanggan yang tertanya-tanya apa keistimewaan yang ditawarkan disini.

Berkonsepkan suasana santai dan terbuka, Buna restoran nyata berbeza dengan konsep hiasan dalaman gabungan ala kampung dan Bali. Melangkah masuk saja, para pelanggan disambut dengan kesuraman cahaya lampu yang redup dan tenang bersama kolam yang dipenuhi bungaan \dan hiasan meja yang ringkas dan menarik.

Menu yang wajib dicuba disini ialah Ayam Pandan, iaitu daging ayam yang diperap dengan ramuan istimewa dan dibalut di dalam daun pandan sebelum digoreng. Aroma wangi yang terbit ketika membuka balutan daun pandan amat menyelerakan. Daging yang menyerap rasa pandan juga lebih empuk dan lembut, walaupun dogoreng di dalam minyak panas, namun masih dapat mengekalkan rasa jus ayamnya.
77 views
1 likes
0 comments
Harga yang ditawarkan amat berpatutan, kurang daripada RM10 per hidangan. Jika anda masih mencari tempat untuk menikmati makan tengahari atau makan malam dan masih bajet seharian anda, Buna restoran dan Cafe pasti tidak mengecewakan.
(The above review is the personal opinion of a user which does not represent OpenRice's point of view.)
Post
DETAILED RATING
Taste
Decor
Service
Hygiene
Value
Spending Per Head
RM10 (Lunch)
Recommended Dishes
  • Ayam Pandan