1
0
0
電話號碼
03-6207 8222
營業時間
今日營業
11:00 - 23:00
星期一至日
11:00 - 23:00
付款方式
Visa Master 現金
前往餐廳網站
http://www.marhabarestaurant.com.my/
以上資料只供參考, 請與餐廳確認詳情
招牌菜
Chicken Oqda Grilled Prawns Lamb Mandi
食評 (1)
Pucuk dicita, ulam mendatang. Bulan lepas, kami beberapa rakan bloggers menerima jemputan untuk menjamu selera di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas. Restoran ini adalah sebuah restoran makanan arab yg menyediakan makanan asli Yemen dalam suasana “fine dining”.Slogan restoran ini adalah “Celebrate good life with great taste.” Semua chef adalah chef dari restoran terkenal di Dubai dan bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen.Antara “signature dish” yang dihidangkan kepada kami pada malam tersebut :Roti Mulawah. Roti ini sangat besar. yang ini size medium yang berharga RM12. Rasanya sangat sedap dan ranggup. Anak eyriqazz Alisya yang susah nak makan pun berselera dengan roti mulawah ini.Roti Mulawah ini sesuai dimakan dengan kuah ala-ala kuah kari Udang. Sangat sedap dan menyelerakan.Ataupun boleh dimakan dengan Saltah Fahsah (daging kambing yang dimasak panas dalam periuk secara sizzling). Yang ini antara menu terbaik malam itu sampaikan kami siap tambah lagi dua mangkuk. Harganya Rm40. For me, memang berbaloi . Kualiti seiring dengan harganya.Sup kambing. Honestly said, antara sup kambing terbaik yang pernah saya cuba. Rasanya yang membangkitkan selera untuk menjamah makanan lain. Ini antara main dish, Lamb Hanith yang berharga Rm78. Keistimewaan juadah ini adalah daging kambing yang dipilih adalah kambing yang terbaik iaitu kambing yang digunakan berusia 6 bulan ke bawah. Memang lembut dan juicy. Berasnya pula menggunakan beras wangi yang didatangkan khas dari Yemen. Pertama kali eyriqazz boleh habiskan daging kambing sebesar ini. Hehehe, In Shaa Allah, plan nak singgah lagi nanti di sini.Chicken Mazbi . Nampak menyelerakan, memang sedap dan memuaskan. Kami siap tambah 2 chicken mazbi dan 1 lamb hanith. Memang begitu berselera makan di malam tersebut ditambah pula bila makan beramai-ramai, ianya lebih membangkitkan selera .Mango Lassi. Secara peribadi memang susah nak cari mango lassi yang sedap di Klang Valley. Paling sedap pernah saya cuba di Restoran Insaf. Namun, mango lassi di Restoran Marhaba ini lebih sedap dan saya boleh katakan yang paling sedap di Malaysia yang pernah saya mencuba. Siap saya dan Cik Lily tambah satu gelas lagi mango lassi ini. Selain mango lassi, pelbagai minuman jus dan minuman ala-ala arab boleh diorder di sini.Ini pula, special/VIP room. Ada dua bilik yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang. Tempatnya yang lebih privacy siap ada toilet sekali di dalam bilik ini. Nak booking tiada extra charge dikenakan cuma follow “first come first serve” . Dinasihatkan datang booking 2-3 hari terlebih dahulu jika mahu booking vip room ini.Masakan Arab terbaik saya berikan untuk Restoran ini. Overall rating , 9/10. Antara Restoran menarik untuk dikunjungi di Malaysia. 繼續閱讀
(以上食評乃用戶個人意見 , 並不代表OpenRice之觀點。)